Git
Chapters ▾ 2nd Edition

1.7 Untuk Bermula - Mendapatkan Bantuan

Mendapatkan Bantuan

Jika anda memerlukan bantuan semasa menggunakan Git, terdapat dua cara yang sepadan untuk mendapatkan halaman manual bantuan yang menyeluruh (manpage) bagi apa sahaja perintah atatupun command Git:

$ git help <verb>
$ man git-<verb>

Sebagai contohnya, anda boleh mendapatkan bantuan manpage bagi perintah git config dengan menjalankan

$ git help config

Perintah ini adalah elok kerana anda boleh mengakses mereka di mana-mana sahaja, walaupun di luar talian. Jika manpage dan buku ini adalah tidak mencukupi dan anda memerlukan bantuan orang, anda boleh mencuba di saluran #git atau #github pada pelayan Freenode IRC (irc.freenode.net). Saluran-saluran ini seringkali diisi oleh beratus-ratus orang yang semuanya berpengetahuan mengenai Git dan sentiasa bersedia untuk membantu.

Tambahan pula, jika anda tidak memerlukan bantuan manpage yang terlalu banyak, tetapi hanya memerlukan suatu penyegar yang cepat pada pilihan yang tersedia bagi suatu perintah Git, anda boleh bertanya untuk mendapatkan output “bantuan” yang lebih spesifik dengan pilihan -h atau --help, misal kata:

$ git add -h
usage: git add [<options>] [--] <pathspec>...

    -n, --dry-run         dry run
    -v, --verbose         be verbose

    -i, --interactive     interactive picking
    -p, --patch           select hunks interactively
    -e, --edit            edit current diff and apply
    -f, --force           allow adding otherwise ignored files
    -u, --update          update tracked files
    -N, --intent-to-add   record only the fact that the path will be added later
    -A, --all             add changes from all tracked and untracked files
    --ignore-removal      ignore paths removed in the working tree (same as --no-all)
    --refresh             don't add, only refresh the index
    --ignore-errors       just skip files which cannot be added because of errors
    --ignore-missing      check if - even missing - files are ignored in dry run
    --chmod <(+/-)x>      override the executable bit of the listed files