Git
Chapters ▾ 2nd Edition

1.2 Untuk Bermula - Suatu Sejarah Pendek bagi Git

Suatu Sejarah Pendek bagi Git

Sama seperti banyak perkara dalam kehidupan, Git bermula dengan serba sedikit pemusnahan kreatif dan kontroversi yang ketara.

Kernel Linux merupakan sebuah projek perisian sumber terbuka yamg mempunyai skop yang cukup besar. Untuk sebahagian besar seluruh panjang hayat bagi penyelenggaraan kernel Linux (1991-2002), perubahan pada perisian telah diluluskan sebagai tampalan ataupun patch dan fail yang diarkibkan. Pada tahun 2002, projek kernel Linux mula menggunakan suatu DVCS proprietari yang dikenali sebagai BitKeeper.

Pada tahun 2005, perhubungan antara komuniti yang membangunkan kernel Linux dan syarikat komersil yang membangunkan BitKeeper telah runtuh, dan status bebas daripada caj bagi alat tersebut telah dibatalkan. Ini mendorong komuniti pembangunan Linux (dan khususnya Linus Torvalds, pencipta Linux) untuk membangunkan alat mereka sendiri berdasarkan beberapa pengajaran yang dipelajari oleh mereka semasa menggunakan BitKeeper. Beberapa matlamat bagi sistem baru adalah seperti berikut:

  • Kelajuan

  • Reka bentuk yang mudah

  • Sokongan yang kuat untuk pembangunan bukan linear (ribuan cawangan selari)

  • Diedarkan sepenuhnya

  • Mampu mengendalikan projek besar seperti kernel Linux dengan cekap (kelajuan dan saiz data)

Sejak kelahirannya pada tahun 2005, Git telah berkembang dan menjadi matang supaya mudah digunakan dan pada masa yang sama mengekalkan kualiti-kualiti awal ini. Ia adalah cepat secara luar biasa, ia adalah sangat cekap dengan projek-projek besar, dan ia mempunyai sistem cawangan ataupun branching yang luar biasa untuk pembangunan bukan linear (Lihat Git Branching).